Saturday 10 September 2011

Apa Erti Sahabat...??? :(


Apa ertinya seorang sahabat?Adakah seorang sahabat hanya muncul ketika kita senang ataupun sanggup mengharungi suka duka bersama dengan kita?


      Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
      pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.   

      Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke Jalan Allah (^_^).



Selepas beberapa peristiwa , akhirnya saya mampu untuk membezakan antara sahabat dan bukan sahabat :(
Antara ciri-ciri seorang yang TIDAK PATUT dipanggil SAHABAT :-


Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. 




Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.



Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT.  Selepas anda merasainya baru anda akan mengerti apa erti sahabat yang sebenar.


Walaupun apa yang berlaku , jangan paksa diri anda untuk membenci "SAHABAT" anda sendiri kerana pada saya , hadiah yang paling baik untuk sahabat ialah kesetiaan dan hadiah yang paling baik untuk musuh ialah kemaafan. Sekian :-)